Selasa, 8 Julai 2008

Warisan Kita- Alat Muzik Tradisional

Hari ini murid-murid telah pun diperkenal dengan pelbagai jenis alat muzik tradisional. Tentu ada yang telah menarik perhatian kamu kan? Peralatan muzik tradisional Melayu memang tidak kurang hebatnya. Cuba kamu komen tentang persembahan kompang di video yang telah saya lampirkan bersama di sini.



Alat muzik apakah yang dimainkan di sini?

Berapa banyak alat muzik yang dimainkan di sini?

Apakah pandangan kamu tentang persembahan ini?

Bengkel Blogging Bahasa Melayu

Hari ini saya menghadiri bengkel Blogging Bahasa Melayu di Sekolah Rendah First Toa Payoh. Sungguh menarik! Banyak perkara yang saya pelajari dalam bengkel ini. Blogging tidak susah. Mudah sahaja. Saya ingin mereka ruang blog untuk Unit Bahasa Melayu sekolah saya kelak. Khas untuk pelajar-pelajar dan guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Peiying.

Saya juga dapat berjumpa kawan-kawan sepejuangan saya iaitu Cikgu Manisah, Cikgu Sabariah dan Cikgu Juliana Manis. Seronok!!